Objektif
- Memberi tujuk ajar dan latihan praktikal kepada kanak-kanak mengenai teknik membaca naskhah cerpen secara berkesan di pentas
- Mengisi aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Negara Malaysia
- Memasyarakatkan sastera dengan memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan kanak-kanak pelbagai kaum
- Membudayakan baca cerpen dengan meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan
- Mencungkil bakat kanak-kanak yang boleh ditonjolkan dalam pelbagai acara baca cerpen anjuran Kavyan, PNM dan pihak-pihak lain
- Mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan ke arah pembinaan Bangsa Malaysia
Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat: Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Pendaftaran: 012-3368142 / uthayasb@yahoo.com.my
Rangka Atur Cara
- 9:00 am – Kedatangan wakil Kavyan
- 9:30 am – Pendaftaran peserta
- 10:00 am – Taklimat kepada peserta – Uji bakat membaca cerpen – Komen pembimbing
- 11:00 am – Bimbingan membaca cerpen
- 12:00 pm – Penyampaian cenderamata – Penyampaian hadiah pembaca terbaik – Sesi fotografi – Bersurai
Aktiviti Susulan
Kanak-kanak yang menunjukkan potensi dan bakat yang menyerlah wajar diberi latihan susulan. Kavyan mencadangkan supaya PNM menubuhkan “Komuniti Baca Cerpen Kanak-kanak” dalam Kelab Membaca Sinar Pintar khusus bagi tujuan ini. “Komuniti Baca Cerpen Kanak-kanak” berkenaan boleh ditonjolkan dalam pelbagai aktivii anjuran Kavyan, PNM dan pihak-pihak lain.
Penganjur Bersama
- Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
- Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL), MCA
- Majalah e-baca (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd)
- Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Negara Malaysia
Dengan Kerjasama
- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
* Maklumat lanjut, sila tekan SINI.